Umat manusia
sekarang mempunyai penyakit yang dipanggil “al-wahnu” iaitu cintakan dunia dan
benci kepada mati.
Hari
ini,umat islam dilanda penyakit cintakan dunia dan bencikan mati.Ada ahli-ahli
ilmu islam yang sanggup menjual ilmu agamanya dengan pangkat dan kesenangan
dunia.Mereka takut mengharamkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, takut
untuk menyatakan wajib pada perkara yang diwajibkan oleh Allah SWT.
Walaupun
mereka bercakap dengan penuh semangat dan berbuih-buih mulut di televisyen dan
radio,namun mereka takut menyatakan arak,judi,riba dan konsert nyanyian yang
bercampur gaul lelaki dan perempuan adalah haram,sebagaimana mereka takut
berkata negara islam wajib ditegakkan dan hukum Allah SWT wajib dilaksanakan.
Terdapat
pula dengan banyaknya dalam kalangan orang Islam yang bergelumang dengan dosa
dan maksiat menyebabkan mereka takut mati untuk bertemu dengan Allah
SWT.Penyakit yang melanda umat Islam bukan sahaja pada jasad dan tanah air umat
Islam, tetapi juga pemikiran umat Islam. Umat Islam bukan sahaja diasak dengan
teori- teori dan ideologi-ideologi yang tidak ada kena-mengena dengan umat
Islam, pada masa yang sama kita ditipu dengan ajaran sesat dan karut marut dengan
dipakaikan dengan nama Islam.
Allah SWT
sudah menentukan makanan yang halal dan haram. Kita boleh makan apa sahaja yang
ada, boleh memasak makanan mengikut selera kita tetapi mestilah didalam acuan
halal,bukan yang haram. Dalam soal pakaian, Allah SWT menentukan pakaian yang
menutup aurat. Kita boleh memakai pakaian mengikut negeri dan adat
masing-masing tetapi mestilah menutup aurat.
Allah SWT
membenarkan umat Islam berniaga dan bermuamalat dalam urusan ekonomi, tetapi
Allah SWT menetapkan acuannya tersendiri. Firman Allah SWT,
(Allah telah
menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba.)
Allah SWT
mewajibkan umat islam menegakkan kerajaan dan negara. Allah menetapkan acuan
negara islam didalam al-Quran.
Perhatikan
sistem kehidupan pada hari ini, adakah ia sama dengan celupan Allah atau tidak?
Umat islam tidak boleh ditipu dalam semua keadaan. Mudah-mudahan Allah
menyelamatkan kita semua supaya sentiasa berada diatas bahtera yang ditunjukkan
oleh Allah SWT dalam hala tuju dan matlamat perjalanan.
Renung-renungkanlah…….
No comments:
Post a Comment