Monday, 11 March 2013

KETAWA..Eh,Salah Ke?



K
etawa mahupun tertawa bukanlah sesuatu yang dilarang oleh agama kerana ia menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan gembira dan senang hati. Tetapi perlu diingatkan bahawa perasaan ingin ketawa perlu dikawal agar tidak ia tidak disalahtafsirkan dan menyakiti hati orang lain apabila bertujuan menghina seseorang.

Bagi mereka yang hendak menjaga kesihatan akal, perbuatan ketawa terbahak-bahak atau meledak-ledak hendaklah dijauhi. Dengan lain perkataan, orang yang tidak dapat mengelakkan iri daripada ketawa akan menjadikan akal menjadi lemah dan mudah lupa diri akibat pintu untuk Iblis masuk sudah dibuka!

Terdapat beberapa kesan apabila tertawa berlebihan iaitu :-
Ø  hati menjadi bebal dan keras
Ø  gemar makan walaupun perut kenyang
Ø  gemar bercakap-cakap kosong

Ibnu Abbas r.a ada meriwayatkan bahawa “Sesiapa yang tertawa di saat melakukan maksiat, maka akan bercucuran tangisan mereka di neraka..” Ini bertepatan dengan Firman ALLAH SWT dakan surah At-Taubah ayat 82; “ Maka bolehlah mereka tertawa sedikit(di dunia) dan menangis banyak(di akhirat) sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan..

Selain itu terdapat orang yang sengaja membuat orang lain ketawa seperti pelakon-pelakon komedi yang menyebabkan orang ramai mudah lupa diri dan ketawa terbahak-bahak. Rasulullah SAW ada memberi peringatan dengan sabdanya, “Celakalah orang yang berdusta supaya ditertawakan orang lain. Celakalah dia! Celakalah dia! ” (hr Tarmidzi)

Ingatlah firman ALLAH dalam surah An-Najm ayat 6, “(apakah) serta kamu tertawa dan tidak mahu menangis (bertaubat) ?”  Ketawalah sekadar yang perlu atau sebaik-baiknya mengikut Rasulullah SAW yang yang sekadar tersenyum apabila mendengarkan berita yang menggelikan 

No comments:

Post a Comment