B
|
agaimana untuk menjana pemikiran agar
lebih berkembang, mantap dan matang? Tentunya setiap orang mempunyai kaedah dan
ramuan tersendiri dalam mencapai tahap sebegitu. Tetapi adakah berkesan kaedah
yang dipraktikkan oleh kita? Berikut merupakan tip dan panduan yang dapat
menjadi pedoman yang berguna terutama kepada kita selaku remaja yang masih
belajar
1. Pemakanan : Tahukah kita
perkembangan mental dan fizikal berkait rapat dengan jenis pemakanan yang
diambil?Maka kita sebagai pelajar haruslah prihatin dengan setiap suap makanan
yang dinikmati. Pengambilan makanan yang mengandungi protein, vitamin, kalsium
dan karbohidrat amat disyorkan oleh pakar kesihatan dan pendidikan. Justeru,
makanan tambahan seperti kismis, buah badam dan pil-pil vitamin amat
digalakkan. Makanan yang berzat dan seimbang adalah penting bagi menjamin
perkembangan akal yang sihat
2. Riadah : Luangkan sedikit masa
untuk berekreasi dan aktiviti riadah kerana ia dapat menajamkan fikiran.
Aktiviti kembara dan perkelahan misalnya secara tidak langsung akan dapat
menenangkan hati sekaligus menghilangkan tekanan semasa belajar
3. Berkongsi masalah : Memendam
masalah amat tidak digalakkan terutama kepada remaja yang sedang meningkat
dewasa yang sering dihujani pelbagai masalah peribadi di samping masalah
pelajaran dan persekitaran. Carilah seseorang yang dapat dijadikan teman
berbual dan berkongsi masalah tersebut sama ada dari kalangan rakan sekelas,
rakan sebilik dan asrama atau dengan guru atau ibu bapa. Walaupun masalah tersebut
tidak dapat diselesaikan, sekurang-kurangnya anda akan dapat merasakan sokongan
yang ditunjukkan oleh mereka kepada anda sekaligus membuktikan anda tidak
berkeseorangan menghadapi masalah tersebut.
4. Rasional : Dengan berfikir secara
rasional, anda akan terarah ke arah yang betul. Inilah objektif utama kita yang
sebenarnya dalam meniti hari-hari makhluk yang bergelar manusia. Sehubungan
itu, kita perlu meletakkan diri kita dalam keadaan fikiran yang mampu berfikir
secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan. Cara terbaik yang dapat
dianjurkan di sini adalah sering membuat keputusan dengan sendiri di atas
sebarang permasalahan yang timbul. Hal ini kerana jika keputusan yang dilakukan
kurang tepat dan mendatang keburukan kepada kita, kita akan sedar dan belajar
dari kesilapan melakukan keputusan tersebut. Kita juga sebenarnya melatih diri
agar tidak bergantung kepada orang lain semasa menghadapi masalah dan ini dapat
dipraktikkan sehingga ke akhir hayat kita. Tanpa kita sedar, pemikiran kita juga
akan memberi tindak balas dengan pantas sekaligus menajamkan fikiran kita.
5. Berdikari : melatih diri agar
berdikari akan mematangkan kita dalam bertindak. Ini dapat dibuktikan dengan
orang yang sudah dilatih berdikari akan lebih cekap menyelesaikan sebarang
permasalahan dalam kehidupan seharian. Kta perlu sentiasa membiasakan diri
mengurus diri dengan sendiri kerana apabila sudah terbiasa dengan keadaan
tersebut, fikiran akan mudah menilai keadaan sesuatu perkara dan merancang
penyelesaian dengan cepat dan tepat.
6. Membaca : minda kita dapat
berkembang dengan bantuan material seperti bahan bacaan yang berunsur ilmiah.
Bahan bacaan tersebut tidak semestinya berbentuk teori dan persoalan berat
tetapi bahan bacaan berbentuk praktikal seperti permainan minda (kuiz, silang
kata dsb) juga mampu mengasah fikiran agar lebih cerdas
7. Hafaz ayat-ayat Al-Quran : sejarah
membuktikan para cendiakiawan Islam yang bijaksana mempunyai asas kemahiran
menghafaz Al-Quran di usia kanak-kanak sebelum mencebur diri dan berjaya dalam
bidang-bidang kritikal seperti pelayaran, astronomi, kejuruteraan, aktuari,
kalkulus dan lain-lain lagi. Sekadar menyebut beberapa nama, Al-Khwarizmi, Ibnu
Sina, Ibnu Batuta dan Al-Jabbar berjaya memanfaatkan rahsia Al-Quran sebelum
memulakan pengajian sejak belasan tahun. Mereka mampu menjadi pakar dalam
bidang masing-masing sebelum usia 20-an kerana keajaiban Al-Quran yang
menerangi hati mereka sesama belajar. Hafazan ayat-ayat Al-Quran menjanjikan
ketenangan hati, kelapangan jiwa dan ketajaman akal. Tambahan pula di usia muda
remaja hati, jiwa dan akal fikiran mudah terpengaruh dengan perkara yang
melalaikan. Maka perlulah para remaja yang ingin mendampingi ilmu agar
menghafaz ayat-ayat Al-Quran dengan harapan minda menjadi lebih bersih dan terpelihara
daripada anasir luar yang kotor
8. Berdoa : Alangkah lebih manis jika
kita sering meluah dan ‘mengadu’ kepada empunya ilmu pengetahuan dengan berdoa
kepada ALLAH supaya kita mudah diberikan ilmu. Ia juga dapat membangkitkan
semangat untuk kita terus membaiki diri dan menambahkan lagi keyakinan kita
kepada ALLAH berdasarkan konsep tawakkal. Setiap yang diberi hasilnya kepada
kita setelah kita bersungguh-sungguh berusaha adalah takdir yang ditetapkan
sejak azali. Sesungguhnya kecerdikan dan kepintaran itu adalah anugerah ALLAH,
maka moleklah sekiranya kita merayu kepada-Nya agar dikurniakan setitik
ilmu-Nya ﺕ
No comments:
Post a Comment