Wednesday 10 April 2013

YA RABBI...Jadikanlah teman remaja kami,bakal-bakal ulama dan bakal menjadi pewaris ilmu para Nabi..Hindarkanlah teman remaja kami daripada mengangkat dan mengambil orang-orang yang jahil sebagai PEMIMPIN...Semoga teman-teman remaja kami semua apabila ditanya tentang sesuatu HUKUM,Mereka akan melaksanakan sejajar dengan kehendak dan perintah daripada-MU....AMIN....

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?



Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
 Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Tuesday 19 March 2013

3 masalah utama hati ialah: menurut Imam Suhaib Webb dalam Reflection TV Hijrah

A - Riyaa

B - Hasad

  • mahu apa orang lain ada.
  • marah kenapa Allah beri pada orang itu- mengganggu akidah kerana menyoal takdir Allah 
  • mahu supaya orang itu tidak ada lagi perkara itu. 
  • Mengumpat orang Alim adalah umpatan yang paling teruk dan kedengkian paling teruk ialah kedengkian pada ulama.
  • CAra menghilangkan hasad...


  1.  doakan mereka
  2.  Sebut kebaikan dia 
  3.  beri hadiah 
  4.  renungi hubungan kita dengan ALlah dari segi menerima takdir.

C - Ujub
  • Terlalu kagum dgn diri sendiri- merasa terbaik dari semua orang - Nauuzubillah
  • Tanda Ujub

  1. Suka bertekak tidak boleh di tegur, benci nasihat, fikir apa orang kata 
  2. Cara merawat ujub- belajar    tentang kebesaran Allah maka diri akan berasa kecil.
  3. Jom audit-diri dan ambil langkah buang 3 sifat ini.

  • Jadi pemerhati diri kita bukan orang, cari ilmu bukan berita.

Sunday 17 March 2013

12 Cara Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.


Friday 15 March 2013

Dosa Di Facebook

Assalamualaikum. Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan anda ambil gambar anda. Kemudian, anda letakkannya di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.

Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.
Baiklah. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)
Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends.Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.

Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B)
(A) + (B) = 30 000 300 - (C)
Baiklah. Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment ataulike, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.)
Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.
Ultraman : 783 friends
Pikachu: 1339
 friends
Keluang Man: 1565
 friends
Doraemon: 953
 friends
Hang Tuah: 3210
 friends
Donald Duck: 678
 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144
 friends
Tasmania: 653
 friends
Vampire : 1922
 friends
Harry Potter: 2831
 friends
Kerengga: 2101
 friends
Kambenk: 1217
 friends
Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta - (D)
Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar.
Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.
Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah ataun belumbernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.
Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.
Serabut? Pening?
Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?
Cik wanita, its time to wake up!
Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di Facebook.
Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Akhir kata, Selamat men'delete' gambar.  :)

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh | iluvislam.com

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh | iluvislam.com discover the beauty of islam