Katakan anda ambil gambar anda.
Kemudian, anda letakkannya di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar
itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.
Katakanlah jumlah orang yang melihat
itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang
melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.
Baiklah.
Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai
rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa.
Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan
secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita
adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu
baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan
ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100
000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)
Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma
anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends.
Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka
yang bukan friends.Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik
pula.
Seterusnya
kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan.
Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan
tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka,
(dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B)
(A)
+ (B) = 30 000 300 - (C)
Baiklah.
Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment ataulike,
jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk
besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.)
Kita
fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah.
Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12
orang ni) ada.
Ultraman : 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire : 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire : 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends
Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari
jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka,
(C) x 9698 = 290 940 juta - (D)
Ingat,
ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar.
Katakanlah
kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka,
(D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini
belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar
kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa
setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.
Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah ataun belumbernikah.
Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di
khalayak ramai.
Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam
dan di'share' oleh
orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini,
perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah
dan akhbar itu.
Gambar menutup aurat atau tidak, kalau
gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan
hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru Facebook,
belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter,
Formspring, Tumblr.
Serabut?
Pening?
Tak
perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?
Cik wanita, its time to wake up!
Cik wanita, jangan takut untuk menegur
mereka yang suka-suka tag gambar kita di Facebook.
Ehh,
sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
Encik
lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini
isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu,
semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
523
692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah
berkahwin, suami tanggung.
Encik lelaki, sama juga saham dosanya
jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian,
tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Akhir kata, Selamat men'delete' gambar.
:)
thanks to iluvislam.com....give a some idea n info
ReplyDelete