Wednesday, 10 April 2013

YA RABBI...Jadikanlah teman remaja kami,bakal-bakal ulama dan bakal menjadi pewaris ilmu para Nabi..Hindarkanlah teman remaja kami daripada mengangkat dan mengambil orang-orang yang jahil sebagai PEMIMPIN...Semoga teman-teman remaja kami semua apabila ditanya tentang sesuatu HUKUM,Mereka akan melaksanakan sejajar dengan kehendak dan perintah daripada-MU....AMIN....

Belajar : Bagaimana Mendapatkan Keberkatan?



Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?
Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.
TIPS BELAJAR
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.
Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.
Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.
2) Disiplinkan diri.
Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.
Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.
Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.
3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.
Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.
Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.
4) Utamakan seruan Allah S.W.T.
Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.
5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.
 Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.
.............................................................
Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T.Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).
Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.
Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas.

Tuesday, 19 March 2013

3 masalah utama hati ialah: menurut Imam Suhaib Webb dalam Reflection TV Hijrah

A - Riyaa

B - Hasad

  • mahu apa orang lain ada.
  • marah kenapa Allah beri pada orang itu- mengganggu akidah kerana menyoal takdir Allah 
  • mahu supaya orang itu tidak ada lagi perkara itu. 
  • Mengumpat orang Alim adalah umpatan yang paling teruk dan kedengkian paling teruk ialah kedengkian pada ulama.
  • CAra menghilangkan hasad...


  1.  doakan mereka
  2.  Sebut kebaikan dia 
  3.  beri hadiah 
  4.  renungi hubungan kita dengan ALlah dari segi menerima takdir.

C - Ujub
  • Terlalu kagum dgn diri sendiri- merasa terbaik dari semua orang - Nauuzubillah
  • Tanda Ujub

  1. Suka bertekak tidak boleh di tegur, benci nasihat, fikir apa orang kata 
  2. Cara merawat ujub- belajar    tentang kebesaran Allah maka diri akan berasa kecil.
  3. Jom audit-diri dan ambil langkah buang 3 sifat ini.

  • Jadi pemerhati diri kita bukan orang, cari ilmu bukan berita.

Sunday, 17 March 2013

12 Cara Mengatasi Rasa Malas Untuk Bersolat

1. Bersiap sedia mengambil wuduk sebelum azan.

2. Jangan berlengah-lengah untuk bersolat setelah azan berkumandang.

3. Sentiasa mengingati bahawa malaikat Izrail boleh dating bila-bila masa untuk mencabut nyawa kita, dan kita akan mati.

4. Fikirkan segala azab yang akan diberikan oleh Allah s.w.t.

5. Fikirkan bagaimana siang boleh menjadi malam pada tepat waktunya tanpa sebarang kesilapan. Ia membuktikan kekuasaan Allah s.w.t.

6. Mengenal sifat-sifat Allah kerana dengan mengenal sifat-sifat Allah, manusia akan mendapat merasakan kehadiranNYA dan langsung menanam benih cinta terhadap Allah. Dengan ini manusia akan turut setiap perintah Allah dan tidak akan melengahkan sembahyangnya. InsyaAllah.

7. Mengingati bahwa solat itu penting sebelum kita disolatkan.

8. Sebagai manusia kita tidak lepas dari membuat dosa, dan waktu bersolat itu adalah masa yang sesuai untuk bertaubat.

9. Pergi ke masjid sekiranya malas bersolat bersendirian.

10.Bersembahyang berjemaah bersama ahli keluarga.

11. Menghayati bahawa solat itu adalah jalan yang benar-benar ke akhirat.

12. Jangan makan terlalu banyak kerana bila perut terlalu kenyang akan membuat kita berat dan mengantuk, maka malaslah kita untuk solat.


Friday, 15 March 2013

Dosa Di Facebook

Assalamualaikum. Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan anda ambil gambar anda. Kemudian, anda letakkannya di Facebook.
Ada 134 orang yang Like. Eh, itu belum termasuk yang hanya melihat gambar itu tetapi tidak menekan Like, sekadar melihat sahaja.

Katakanlah jumlah orang yang melihat itu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.
Baiklah. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram, kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita ni ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita.
Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.
Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tiga puluh juta) - (A)
Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh melihat termasuk mereka yang bukan friends.Sudahlah gambar kita comel, tertarik dan menarik pula.

Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa - (B)
(A) + (B) = 30 000 300 - (C)
Baiklah. Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment ataulike, jadi kita tag kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.)
Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.
Ultraman : 783 friends
Pikachu: 1339
 friends
Keluang Man: 1565
 friends
Doraemon: 953
 friends
Hang Tuah: 3210
 friends
Donald Duck: 678
 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144
 friends
Tasmania: 653
 friends
Vampire : 1922
 friends
Harry Potter: 2831
 friends
Kerengga: 2101
 friends
Kambenk: 1217
 friends
Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta - (D)
Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar.
Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.
Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan.
Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah ataun belumbernikah. Itu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di'share' oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu.
Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akaun media sosial kita yang lain - Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.
Serabut? Pening?
Tak perlu susah-susah nak kira kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?
Cik wanita, its time to wake up!
Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di Facebook.
Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.
Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Akhir kata, Selamat men'delete' gambar.  :)

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh | iluvislam.com

Tanggapan Remaja Zaman Sekarang Terhadap Soal Jodoh | iluvislam.com discover the beauty of islam

Bercouple Atau Jual Mahal | iluvislam.com

Bercouple Atau Jual Mahal | iluvislam.com discover the beauty of islam

Tuesday, 12 March 2013

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.     
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
       sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
       bersih."

2.     Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
       merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
 
       ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
       semua perkara kebaikan.

3.     Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
       menenangkan minda.
 

4.     Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
 
       penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
       sebanyak 3X.

5.     
Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
       sebutkan.

6.     Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
       diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
       sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7.     Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
       senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
       hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
       Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
 
       sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8.     Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 

               kejahatan.
 

9.     Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
       tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10.    Kekalkan wuduk. 


11.     Bersedekah.

12.   Belanja orang makan.

13.   Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14.   Berkawan dengan ulama.

15.   Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16.   Pesan pada orang, jadi baik.

17.   Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang
 mengumpat.

Monday, 11 March 2013

Siapa Yang Cantik?


Siapa yang cantik? Awak cantik? Saya? Atau dia?
Kalau di Bollywood mungkin kata mereka, Aishwarya Rai yang tercantik, atau di Hollywood, Paris Hilton adalah cantik pada pandangan mereka dan mungkin juga di Malaysia, Fasha Sandha yang tercantik.
Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi saya, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Namun kini, pada pendapat saya, barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.
Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.
Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Ataupun, ada juga yang sanggup melakukan pelbagai cara yang pada pandangan kita pelik dan tidak masuk akal tetapi pada mereka, itulah cantik!
Satu kaum di Thailand menganggap leher panjang itu cantik, lantas sejak dari umur 5 tahun lagi, mereka sudah dipakaikan gelang logam di leher agar leher mereka akan menjadi semakin panjang dan panjang dan panjang justeru mereka cantik dan mudah mendapat jodoh.
Di Sarawak pula, suku kaum Oran Ulu menganggap telinga panjang itu sangat cantik pada mata mereka, lagi panjang, lagi cantiklah seseorang wanita itu pada pandangan mereka.
Tapi kini, generasi muda sudah tidak lagi mengamalkan amalan ini. (Mungkin sudah terikut-ikut definisi cantik barat..hmmm)
Perlukah jadi cantik?
Di Mexico, kaum wanita menghabiskan separuh dari gaji mereka untuk kecantikan seperti ke salun, malahan ada juga pakej bayar secara ansuran untuk pembedahan plastik.
Atau di Iran, pembedahan hidung sangat popular di sana.
Wanita Iran sanggup berkorban wang ringgit demi mendapatkan hidung yang diidam-idamkan lantaran kata mereka, hidung mereka besar.
Tetapi saya tertanya-tanya juga, bukankah mereka Islam dan Islam melarang pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan? Wallahualam.
Bayangkan betapa wanita-wanita ini mahu kelihatan cantik.
Betapa pentingnya menjadi cantik pada seorang wanita itu.
Macam-macam sanggup dikorbankan, wang ringgit, masa, kesakitan yang perlu ditanggung demi cantik, bahkan, hukum agama pun sanggup dilanggar demi cantik.
Tidak kisahlah perbuatan mereka dilarang agama, janji mereka kelihatan cantik. Plastic surgery, Botox, liposuction, gastric bypass sekarang bermain di sekitar hidup wanita demi cantik.
Walaupun mereka sedar akan kesan sampingan perbuatan ini, semua itu ditolak tepi, demi CANTIK.
Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Kata mereka, apabila diri terasa cantik, barulah mereka ada keyakinan diri.
Saya juga bersetuju dengan ini, tetapi bukanlah sampai sanggup berkorban segalanya demi cantik.
Allah suka akan kecantikan, tetapi bukan lah sehingga mengubah ciptaanNya.
Tambahan lagi, mereka yang ekstrem mahu kelihatan cantik ini, bukanlah mahu kelihatan cantik di mata Allah, tapi di mata manusia. Semuanya dilakukan agar kelihatan cantik pada manusia dan agar mendapat tempat di hati manusia.
Dulu sewaktu kecil, saya juga suka kelihatan cantik.
Kalau baju pink, maka seluruh badan perlu pink termasuklah sepit dan pengikat rambut. Tapi kini, saya bukan perempuan yang obses cantik, kerana pada saya, cantik bukan sekadar di wajah, tapi cantik itu dari akhlak dan keimanannya kepada Pencipta.
Cantik akan pudar walau cuba dipertahankan, tapi akhlak itu hiasan yang kekal pada diri seorang wanita.
Wanita yang cantik akhlaknya, maka cantiklah luarannya.
Tiada guna mempunyai wajah seindah bidadari kerana satu hari nanti, kita cuma akan menjadi tengkorak yang menakutkan.
Bukanlah tidak perlu menjadi cantik dan perlu mejadi buruk sedangkan Allah menyukai kecantikan, tetapi, biarlah cantik itu kerana Allah, dan definisi cantik itu juga perlu sesuai dengan Islam.
Janganlah sanggup melanggar larangan agama demi kelihatan cantik.
Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukurlah dan berpuas hati lah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.
Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

INGIN CERDAS???



B
agaimana untuk menjana pemikiran agar lebih berkembang, mantap dan matang? Tentunya setiap orang mempunyai kaedah dan ramuan tersendiri dalam mencapai tahap sebegitu. Tetapi adakah berkesan kaedah yang dipraktikkan oleh kita? Berikut merupakan tip dan panduan yang dapat menjadi pedoman yang berguna terutama kepada kita selaku remaja yang masih belajar

1. Pemakanan : Tahukah kita perkembangan mental dan fizikal berkait rapat dengan jenis pemakanan yang diambil?Maka kita sebagai pelajar haruslah prihatin dengan setiap suap makanan yang dinikmati. Pengambilan makanan yang mengandungi protein, vitamin, kalsium dan karbohidrat amat disyorkan oleh pakar kesihatan dan pendidikan. Justeru, makanan tambahan seperti kismis, buah badam dan pil-pil vitamin amat digalakkan. Makanan yang berzat dan seimbang adalah penting bagi menjamin perkembangan akal yang sihat

2. Riadah : Luangkan sedikit masa untuk berekreasi dan aktiviti riadah kerana ia dapat menajamkan fikiran. Aktiviti kembara dan perkelahan misalnya secara tidak langsung akan dapat menenangkan hati sekaligus menghilangkan tekanan semasa belajar

3. Berkongsi masalah : Memendam masalah amat tidak digalakkan terutama kepada remaja yang sedang meningkat dewasa yang sering dihujani pelbagai masalah peribadi di samping masalah pelajaran dan persekitaran. Carilah seseorang yang dapat dijadikan teman berbual dan berkongsi masalah tersebut sama ada dari kalangan rakan sekelas, rakan sebilik dan asrama atau dengan guru atau ibu bapa. Walaupun masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, sekurang-kurangnya anda akan dapat merasakan sokongan yang ditunjukkan oleh mereka kepada anda sekaligus membuktikan anda tidak berkeseorangan menghadapi masalah tersebut.

4. Rasional : Dengan berfikir secara rasional, anda akan terarah ke arah yang betul. Inilah objektif utama kita yang sebenarnya dalam meniti hari-hari makhluk yang bergelar manusia. Sehubungan itu, kita perlu meletakkan diri kita dalam keadaan fikiran yang mampu berfikir secara rasional sebelum membuat sebarang keputusan. Cara terbaik yang dapat dianjurkan di sini adalah sering membuat keputusan dengan sendiri di atas sebarang permasalahan yang timbul. Hal ini kerana jika keputusan yang dilakukan kurang tepat dan mendatang keburukan kepada kita, kita akan sedar dan belajar dari kesilapan melakukan keputusan tersebut. Kita juga sebenarnya melatih diri agar tidak bergantung kepada orang lain semasa menghadapi masalah dan ini dapat dipraktikkan sehingga ke akhir hayat kita. Tanpa kita sedar, pemikiran kita juga akan memberi tindak balas dengan pantas sekaligus menajamkan fikiran kita.

5. Berdikari : melatih diri agar berdikari akan mematangkan kita dalam bertindak. Ini dapat dibuktikan dengan orang yang sudah dilatih berdikari akan lebih cekap menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kehidupan seharian. Kta perlu sentiasa membiasakan diri mengurus diri dengan sendiri kerana apabila sudah terbiasa dengan keadaan tersebut, fikiran akan mudah menilai keadaan sesuatu perkara dan merancang penyelesaian dengan cepat dan tepat.

6. Membaca : minda kita dapat berkembang dengan bantuan material seperti bahan bacaan yang berunsur ilmiah. Bahan bacaan tersebut tidak semestinya berbentuk teori dan persoalan berat tetapi bahan bacaan berbentuk praktikal seperti permainan minda (kuiz, silang kata dsb) juga mampu mengasah fikiran agar lebih cerdas

7. Hafaz ayat-ayat Al-Quran : sejarah membuktikan para cendiakiawan Islam yang bijaksana mempunyai asas kemahiran menghafaz Al-Quran di usia kanak-kanak sebelum mencebur diri dan berjaya dalam bidang-bidang kritikal seperti pelayaran, astronomi, kejuruteraan, aktuari, kalkulus dan lain-lain lagi. Sekadar menyebut beberapa nama, Al-Khwarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Batuta dan Al-Jabbar berjaya memanfaatkan rahsia Al-Quran sebelum memulakan pengajian sejak belasan tahun. Mereka mampu menjadi pakar dalam bidang masing-masing sebelum usia 20-an kerana keajaiban Al-Quran yang menerangi hati mereka sesama belajar. Hafazan ayat-ayat Al-Quran menjanjikan ketenangan hati, kelapangan jiwa dan ketajaman akal. Tambahan pula di usia muda remaja hati, jiwa dan akal fikiran mudah terpengaruh dengan perkara yang melalaikan. Maka perlulah para remaja yang ingin mendampingi ilmu agar menghafaz ayat-ayat Al-Quran dengan harapan minda menjadi lebih bersih dan terpelihara daripada anasir luar yang kotor

8. Berdoa : Alangkah lebih manis jika kita sering meluah dan ‘mengadu’ kepada empunya ilmu pengetahuan dengan berdoa kepada ALLAH supaya kita mudah diberikan ilmu. Ia juga dapat membangkitkan semangat untuk kita terus membaiki diri dan menambahkan lagi keyakinan kita kepada ALLAH berdasarkan konsep tawakkal. Setiap yang diberi hasilnya kepada kita setelah kita bersungguh-sungguh berusaha adalah takdir yang ditetapkan sejak azali. Sesungguhnya kecerdikan dan kepintaran itu adalah anugerah ALLAH, maka moleklah sekiranya kita merayu kepada-Nya agar dikurniakan setitik ilmu-Nya




KETAWA..Eh,Salah Ke?



K
etawa mahupun tertawa bukanlah sesuatu yang dilarang oleh agama kerana ia menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan gembira dan senang hati. Tetapi perlu diingatkan bahawa perasaan ingin ketawa perlu dikawal agar tidak ia tidak disalahtafsirkan dan menyakiti hati orang lain apabila bertujuan menghina seseorang.

Bagi mereka yang hendak menjaga kesihatan akal, perbuatan ketawa terbahak-bahak atau meledak-ledak hendaklah dijauhi. Dengan lain perkataan, orang yang tidak dapat mengelakkan iri daripada ketawa akan menjadikan akal menjadi lemah dan mudah lupa diri akibat pintu untuk Iblis masuk sudah dibuka!

Terdapat beberapa kesan apabila tertawa berlebihan iaitu :-
Ø  hati menjadi bebal dan keras
Ø  gemar makan walaupun perut kenyang
Ø  gemar bercakap-cakap kosong

Ibnu Abbas r.a ada meriwayatkan bahawa “Sesiapa yang tertawa di saat melakukan maksiat, maka akan bercucuran tangisan mereka di neraka..” Ini bertepatan dengan Firman ALLAH SWT dakan surah At-Taubah ayat 82; “ Maka bolehlah mereka tertawa sedikit(di dunia) dan menangis banyak(di akhirat) sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan..

Selain itu terdapat orang yang sengaja membuat orang lain ketawa seperti pelakon-pelakon komedi yang menyebabkan orang ramai mudah lupa diri dan ketawa terbahak-bahak. Rasulullah SAW ada memberi peringatan dengan sabdanya, “Celakalah orang yang berdusta supaya ditertawakan orang lain. Celakalah dia! Celakalah dia! ” (hr Tarmidzi)

Ingatlah firman ALLAH dalam surah An-Najm ayat 6, “(apakah) serta kamu tertawa dan tidak mahu menangis (bertaubat) ?”  Ketawalah sekadar yang perlu atau sebaik-baiknya mengikut Rasulullah SAW yang yang sekadar tersenyum apabila mendengarkan berita yang menggelikan 

DIET RASULULLAH SAW



T
ahukah kita bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah sekalipun sakit perut sepanjang hayat baginda. Ini kerana baginda mempunyai diet yang tersendiri dalam pengambilan makanan sehari-hari. Apa kata kita cuba ikuti diet baginda Rasulullah SAW.

Jadikan amalan memakan buah terlebih dahulu sebelum makan nasi; ini dapat kita lihat sunnah baginda S.A.W yang berbuka puasa dengan buah tamar / kurma. Mengambil pencuci mulut (desert) buah selepas makan nasi akan memudaratkan sistem pencernaan.

Tidur sejam selepas mengambil hidangan tengah hari,jangan amalkan tidur selepas makan terus kerana ini turut mengganggu sistem pencernaan dan penghadaman.

Jangan sesekali tinggalkan hidangan pada waktu malam, ini bukan bermaksud untuk kita ambil hidangan makan malam pada pukul 10, 11 malam tetapi hidangan yang dimaksudkan seeloknya-eloknya sebelum solat Maghrib sekitar pukul 7 – 7.15 malam. Ini akan mengurangkan risiko kolestrol yang bertambah sekali ganda dan risiko diri dimamah usia sebelum waktunya. Lagipun, sudah kenyang boleh turun dengan senang untuk berjemaah di surau!

Selain itu, terdapat perkara-perkara yang menjadi ‘pantang’ bagi Rasulullah S.A.W dan dipercayai akan memudaratkan kesihatan dalam badan. Antaranya;

a)     jangan makan SUSU bersama DAGING
b)     jangan makan IKAN bersama DAGING
c)     jangan makan IKAN bersama SUSU
d)     jangan makan AYAM bersama SUSU
e)     jangan makan SUSU bersama CUKA
f)      jangan makan IKAN bersama TELUR
g)     jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
h)     jangan makan SUSU bersama BUAH  (seperti koktel)

Walaupun ia nampak pelik, tetapi cubala.. memang kita tak nampak kesannya dalam jangka masa terdekat tetapi kita akan rasa kesannya apabila kita sudah tua !


CINTA SEBELUM KAWIN..


Kita dapat mengenal hati budi masing2..keluarganya..zuriat keturunannya..sebaik2nya..selidik dulu latar belakangnya..jangan main pilih jer..dengar cakap orang tentang pasangan kita..kadang2 apa yang didengar tu..penyataan yang salah..so..fikir baik2..memang tak semua insan tu sempurna..tapikalau boleh kita nak pilih..pilihlah insan yang dapat mengajar kita kesempurnaan yang sebenar..tak sepenuhnya pun takpe..janji ada..(apalah ayat aku ni.. :confused:)

Memang tak dinafikan..banyak yang bercinta sebelum kahwin ni..wah!!gairahnya semacam aje..kadang2 dengar suara pun dah jadi "lalok"..hehehe..apa orang kata.."angau"..kalau hampir2 menjurus kepada maksiat tu..cepat2lah ingat kat Allah..berdosa tau..kalau pun dalam ikatan pertunangan..ia bukan kunci kebebasan..berpegangan tangan..berpeluk sakan..hei..berdosa tu!!kalau boleh biarlah cinta itu berlandaskan syariat Allah yang sebenar..kaum lelaki terutamanya..didiklah pasangan anda sebaik mungkin..

CINTA dalam PERKAHWINAN NI..
Kata orang ..LAGI BAHAGIA..TAPI MUNGKIN SEGELINTIR PASANGAN JE..cuba kalau kena pasangan yang suaminya banyak kes sosial..tak reti duk rumah..masih suka melepak lagi..kaki botol..kaki judi..dan sebagainya..sebelum kawin semua orang kata baik..yelah dengar cakap orang..anak pak imam konon..pada nana..kebanyakkan yang nana kenal anak pak imam..tak semua seperti ayahnya..kadang2 kita sendiri tak sangka bdia anak pak imam..ustaz lagi..siang jadi ustaz..bila malam..kemana dia??tahjud ke kat masjid..rupanya tidak??dalam bilik pelacuran..buat ape lagi??Nauzubillah..minta dijauhkan..

apa2 pun fikir baik2 dan kaji pasangan betul2..perkahwinan bukan perkara yang kecil..
 ico_was
bukan ker mencari yang soleh atau solehah itu wajib?biarpun kita merasakan yang kita ni tak soleh/solehah?kalau mcm itu kita pasti akan kata "aku tak layak mencari yang soleh/solehah kerana aku tak soleh/solehah?" -ayat teman saya...-

Bercinta sebelum berkahwin dalam ertikata, kita minat seorang gadis/janda/pemuda/duda dalam keadaan kita membatasinya dengan garis-garis yang telah ditetapkan dalam muqaddimah nikah. Tiada sebarang ikatan sah yang membolehkan kita keluar bersama kecuali dengan wali Mujbir dari pihak perempuan jika tiada dengan wali ikhtiar.

Bersusun dengan merisik, setrusnya meminang dan akhirnya berkahwin.

Merisik sebenarnya memainkan peranan yang amat besar yang perlu dilakukan oleh orang tengah atau wakil. Untuk mengetahui latar belakang orang yang dirisik. Segi amalan agamanya, akhlaknya, hartanya, rupa parasnya dan sebagainya.
 Meminang (khitbah) setelah pihak lelaki dalam ertikata lelaki tesebut telah bersetuju utuk meminang.

Bercinta setelah diakad nikah.
Lebih awla, dan itulah yang lebih dituntut dalam Islam

Before marriage.
Darling here.. darling there...
After marriage.
Baling here... baling there..

Before marriage. .
I die for you. . .
After marriage.
"You die, up to you. "
Lagi lama married. .
You die I help you!

Before marriage. .
You go anywhere. . I follow you.
After marriage. . .
You go anywhere. . up to you.
Lagi lama married. . .
You go anywhere better get lost!!

Before wedding
you are my heart, you are my love"
After wedding
"you get on my nerves. "

Before wedding
"you are sweet and kind just like Cinderella"
After wedding
"you are worse than godzila"

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or biawak

Before wedding
Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill
After wedding
Furthest you go is Maxwell Hill

Before wedding
He opens the car door
After wedding
He opens his mouth and snores

Before wedding
She / he was your ideal
After wedding
She / he becomes your ordeal

hehe...future hubbies...be careful...and future wives...be
aware................


Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka.

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari.

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai).

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.

Al-Sindi r.h berkata:
"Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. "

Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu menyintai sesuatu atau seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak. Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a:
"Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya." – Riwayat al-Bukhari.

Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza'i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.

Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).

Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah:
Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan 'Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.

Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.

Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.

Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak Negara Islam diambil dari budaya barat, ia mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan.

Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.

Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

Sumber:
Alaf21-Ustazah Sakinah
Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG...



Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)


Hak Cipta tak terpelihara.
Tolong sebarkan.


Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum….adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama. Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dgn Adam dan Hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada lebih 1001 cara. Ingat, pesanan Rasulullah: Janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan (Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja. Percayalah,ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kpd perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnyak ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dgn perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dgn kekasih sepertimana yg dinyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kpd perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kpd perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita nak belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan mambawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kpd org yg berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis ibadah oleh malaikat Raqib dan Atid?

Sungguh! Bincang pelajaran shj. Ni study group.
Study group…? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua shj? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah study group ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yg lain tu…. banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jgn menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.


Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yg boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkan kaum sejenis yg boleh memberikan motivasi? Jgn hina kaum sejenis kita. Ingat, byk org cemerlang yg belajar hanya dgn kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dpt berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yg dibenarkan dlm Islam utk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia.
Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pd diri seseorg, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri spt yg dilakukan oleh para paderi atau sami. Jgn nafikan naluri ini. Jgn berbohong pd diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu utk patuh pd perintah Allah. Jadilah manusia yg sihat nalurinya. Jgn jadi malaikat! Krn Allah ciptakan kita sbg manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul: cinta selepas berkahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yg bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dgn sesuatu yg lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sbg ganti yg lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah: Tidak ada yg lebih patut bg dua org yg saling mencintai kecuali nikah. (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.

Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kpd perzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tpt sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam……Bukankah meereka semakin hampir dan dekat dgn perzinaan? Penghujung jln cinta adalah perzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai org yg bercinta tlh sampai kpd daerah perzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yg melahirkan kita dalam keadaan bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun!

Masih ramai org yg bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yg mencipta manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yg ditegah takut manusia akan kecundang.

Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Kta manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia walaupun bahaawa mereka tidak akan tahan dgn ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa utk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jgn makan buah khuldi dlm syurga. Buah yg lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pd ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kpd Adam dan Hawa, jg hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah:

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu did lm syurga serta makanlah dr makanannya sepuas-puasnya apa shj kamu berdua sukai, dan jgnlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari org-org yg zalim.
(al-A’araf:19)

Tegahan yg sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Krn mereka tdk dpt mengawal diri. Demikianlah dgn zina. Ditegah berzina. Maka jln kearah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dgn godaan perzinaan kedua-duanya akan kecundan. Cukuplah kita belajar drpd pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

utk mengenali hati budi pasangan sblm buat keputusan berkahwin. Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah
Bolehkah percaya dgn perwatakan masa sdg bercinta? Bercinta penuh dgn lakonan yg dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dgn watak yg terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yg akan pujuk. Jgn harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yg memujuk. Banyak org yg kecewa dan tertipu dgn keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dgn bumi. Masa bercinta, dia seorg yg amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima mini, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dlm masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuran atau hipokrit.

Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagian adalah anugerah Allah kpd hamba-hambaNya yg terpilih. Kebahagian bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yg akan menganugerahnya. Bagaiman mendapat anugerah kebahagian itu, jika jln mencapai kebahagian itu tidak diredhai Allah. Kebahagian hidup berumah tangga mestilah melalui proses yg betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak akan meredhai percintaan ini. Cinta yg diredhai Allah adalah cinta slps kahwin. Bagaimana utk mendpt keluarga yg bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit… adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adlah perangkap syaitan dan iblis. Hakikatnya adalah sama. Cinta yg dberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adlah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat dalah suatu betuk tupu daya iblis dan syaitan. Manusia yg terlibat dgn budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dlm perangkap syaitan. Cuma menunggu masa utk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, semuanya adalah sama. Jln akhirnya akan bertemu dgn zina.

Jadi, seolah-olah org yg bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh pencipta manusia. Sbb ukuran manusia sering berbeza-beza, Org yg sdg mabuk bercinta akan mengatakan org yg bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bg org yg menjaga diri, tidak mahu terlibat dgn cinta sblm kahwin, akan mengatakan org yg bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kpd org yg belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah org yg bercinta hilang maruah?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Org yg bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya krn mereka menghampiri perzinaan. Manakala org yg bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dgn org yg pernah berzina juga. Mereka tidak layak utk berkahwin dgn org yg beriman. Allah berfirman:

Lelaki yg berzina (lazimnya) tidak ingin berkawin melainkan dgn perempuan yg berzina melainkan dgn perempuan yg berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yg berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dgnnya melainkan oleh lelaki yg sdg berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yg demikian itu terlarang kpd org-org yg beriman.
(Surah al-Nur:3)

Jadi org yg pernah bercinta juga tidak sesuai utk berkahwin dgn org yg tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dr Tuhan.

Jadi org yg bercinta hanya layak berkahiwin dgn org yg pernah bercinta juga?
Itulah psgn yg layak utk dirinya. Krn wanita yg baik adalah utk lelaki yg baik. Lelaki yg baik utk wanita yg baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa ada pd janji cinta? Berapa byk sudah janji cinta yg musnah? Lelaki, jgn diharap pd janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan shj. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap krn ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yg lain. Dia lelaki yg penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorg wanita sbg isteri dan seterusnya menjadi ibu yg baik utk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yg baik. Tetapi utk berseronok suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan krn ia suatu pelaburan yg menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yg bercinta, jatuh maruahnya pd pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada org lelaki normal suka pd barang yg ‘second hand’ sedangkan barang yg baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan spt kereta yg diletakkan di show room shj; display only. Tapi ada yg boleh test drive. Ada pula yg kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah kehulu, kehilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
Masih adakah org yg tidak bercinta di zmn ini?
Ya, masih ada org yg suci dlm debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hr nanti. Mereka ada psgnnya. Firman Alllah:

Dan org-org lelaki yg memelihara kehormatannya serta org-org perempuan yg memelihara kehormatannya (yg memelihara dirinya drpd melakukan zina)..Allah telah menyediakan bg mereka semuanya keampunan dan pahala yg besar.
(al-Ahzaab:35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dgn taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan drNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan utk mendpt redhaNya.

Kami ingin mendpt redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha.
Taubat yg murni. Taubat yg sebenar-benarnya. Taubat yg memuhi 3 syarat:

1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yg tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yg menjurus diri dlm percintaan.
3. Berazam. Bertekad didlm hati tidak akan bercinta lagi dgn sesiapa kecuali dgn seorg yg bernama isteri atau suami. Saatnya adlh slps Ijab Kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kpdku utk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kpdkku perasaan benci kpd maksiat. Hiasilah diriku dgn akhlak yg mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dgn kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kpd org lain. Amin, Ya Rabb.
Moga Allah terima taubatmu.

Kita berpisah krn Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka dtg kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
  CINTA ANTA DAN ANTI (oleh Maszlee Malik)

    “Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Surah al-Hujuraat, ayat 10),

    “Tidak beriman seorang muslim itu sehinggadia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

    Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan ia juga menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan “ukhuwah” yang bermakna “persaudaraan” sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhals yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

    Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadi contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70’an lagi.

    Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

    Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu ini hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Perjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwwah”.

Cinta Remaja Dakwah

    Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang adalah persoalan cinta. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di”islamik”kan seperti mana bank-bank, institusi- institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqibah-naqibah usrah dan merekan yang menggunakan ganti nama “ana-anta dan ana-anti”.

    Sms, Yahoo messenger, e-mail dan lain-lain kemudahan ICT telah menjadi penghubung utama cinta “anta-anti” ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy-bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

    Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

    Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk bombastic berbaur cinta asmara. Hakikatnya. Fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat, wal’iyadhubillah…

Salah Faham Ukhuwwah fillah
  
    Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh seorang Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari-raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.

    Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi…”. Sekali lagi makna ukhuwwah di salah gunakan.

    Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jemaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mail, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jemaah” dengan mereka. Aduh…lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70’an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema “ukuwwah fillah” menjadi “camouflage” ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

    Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.

    Sekali lagi slogan ukuwwah fillah menjadi lapik dan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, maka si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan “trend” percintaan golongan anta-anti ini.
  
    Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaan yang lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung liitup. Jika di zaman 70’an dahulu, nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop “kafir” dari pendukung dakwah yang lain.

    Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan “Abuya”nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan bersongkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat krpada beliau. Sayangnya, atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, akak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah “kawan”nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keyuan wajah gadis tersebut “Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah”.

    Persoalannya, adakah fenomena ini cukup sihat?  Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penuliskah yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda-mudi masa kini? Ataupun fiqh islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap “sihat” atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.
(Majalah I, Febuari 2006, ms 72-74)